PERANAN BAHASA DALAM DUNIA ICT
BAHASA UTAMA ICT DI MALAYSIA
- Bahasa Melayu perlu diangkat sebagai bahasa ilmu melalui penggunaan teknologi yang meluas.
- Bahasa Melayu dilihat dapat menjadi bahasa ilmu dan membina tradisi keilmuan dan harus diperjuangkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara.
- Oleh itu, kajian saintifik membuktikan kepada keperluan teknologi dalam meningkatkan penggunaan bahan berbahasa Melayu sama ada pendidikan, penyelidikan dan penerbitan termasuk perundingan.
- Peranan Bahasa Melayu perlu dimantapkan selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.
PERANAN BAHASA MELAYU
BAHASA ILMU - Bahasa Melayu berperanan menjadi wasilah penyampaian ilmu kepada rakyat, khususnya generasi muda, dalam rangka membentuk modal insan untuk membangunkan negara dalam segenap bidang
BAHASA KEBANGSAAN - Bahasa Melayu menjadi salah satu asas jati diri rakyat dan negara, dan menjadi unsur perpaduan rakyat berbilang keturunan.
BAHASA RASMI - Bahasa Melayu menjadi alat perhubungan yang menggerakkan jentera pentadbiran negara.
- Oleh itu, sebahagiaan bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi keperluan semasa pengguna terutamanya generasi muda yang membesar di hadapan komputer, internet, pengkalan data dan portal termasuk berbagai-bagai jenis gajet.
- Golongan penyelidik, guru, pensyarah, pengarang, penerbit malah institusi penyelidikan hendaklah menggembling usaha ke arah mencapai imoian bahasa Melayu perlu bersepadu dan begerak seiring dengan perkembangan teknologi
- Usaha yang dilakukan sejak sekian lama juga perlu dimantapkan agar hasrat mengantarabangsakan bahasa Melayu dapat dicapai.
CABARAN MENGUKUHKAN PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PERSEKITARAN KEMAJUAN TEKNOLOGI
1. Meningkatkan imeh DBP sebagai institusi bahasa dan persuratan Melayu yang berwibawa. Imej DBP sebagai insitusi bahasa dan persuratan Melayu yang berwibawa perlu ditingkatkan supaya rakyat yakin baahwa amanh yang diberikan kepada DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu akan dilaksanakaan dengan berkesan.
2. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Bahasa Melayu mampu berkembang maju sebagai bahasa ilmu seperti bahasa-bahasa besar dunia yang lain sekiranya Dasar Bhasa Kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya dalam semua sektor, khususnya sebagai medium utama dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu yang bermutu dan digunakan dengan meluas oleh rakyat Malaysia aakan berkembang menjadi sistem budaya dan pemikiran rakyat dan dengan demikian akan maju ke peringkat yang lebih tinggi.
3. Meningkatkan khazanah persuratan ilmu dalam Bahasa Melayu. Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalaam Bahasa Melayu perlu ditingkatkan. Usaha memperkaya khazanah persuratan dalam semua bidang melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media mesti dijadikan salah satu agenda utama.
4. Meluaskan penggunana Bahasa Melayu dalam sektor swasta. pada masa ini, Bahasa Melayu dalam sektor swasta belum menyerlah dan menyeluruh kerana masih ada pihak yang beranggapan bahawa Bahasa Melayu tiada nilai komersial dalam perniagaan. Sikap ini telah menjadi penghalang kepaa perkembangan Bahasa Melayu kerana seolah-olah wujud persepsi bahawa bahasa Melayu hanya sesuai digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
5. Membina sikap bangga Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat. Sikap bangga bahasa perlu dipupuk dalam kalangan rakyat, terutama generasi muda supaya mereka boleh mennyerlahkan jati diri melalui Bahasa Melayu dan berbangga menjadi penutur Bahasa Melayu.
6. Persepsi kurang positif sebilangan golongan rakyat terhadap Bahasa Melayu. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana ada tanggapan bahawa Bahasa Melayu tidak berkorelasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Golongan ini juga beranggapan bahawa Bahasa Melayu tidak penting sebagai alat dalam mengejar kemajuan dalam era globalisasi yaang didominasi ole Bahasa Inggeris.
7. Mendapatkan kuasa penegasan pelaksanaan dan penguatkuasaan bahasa. Aktaa A930 Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 hanya memberikan DBP kuasa untuk "menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa". Berbekalkan peruntukan undang-undang ini, DBP hanya boleh memberikan nasihat kepada pihak-pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka.
8. Menarik minat penulis untuk menerbitkan karya dengan DBP. Industri penerbitan negara yang berkembang pesat memerlukan DBP mentransformasikan semua aspek penerbitannya yang meliputi sistem pentadbiran yang lebih berdaya maju dengan penggunaan teknologi terkini, promosi dan pemasaran penerbitan yang lebih berkesan.
Comments
Post a Comment