APLIKASI SUNTINGAN AUDIO ATAS TALIAN UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA

 Pengenalan kepada Audio

  • Merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna.
  • Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia.
  • Seperti elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menari tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

Fungsi Audio

  • Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (contoh penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa).
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.
  • Membantu meningkatkaan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti sesuatu proses penyampaian maklumat.
  • Menimbulkan suasana yang lebih menarik akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.

Sumber Audio

1. HiperAudio
  • Dimainkan secara berulang-ulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio. 
2. MP3
  • Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEG untuk enkod dan dekod muzik yang dirakam. Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3. 
3. Audio Cakera Padat
  • CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 samples per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti.
4. Audio
  • Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang ampliture, frekuensi dan kandungan yang harmoni. Format fail audio ialah wave.
5. Midi
  • Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi.
  • Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail.
  • kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untk memainkan dialog perbualan.

Format Fail Audio

1. AUDIO INTERCHANGE FILE FORMAT (.AIFF, .AIF)
  • Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya.
  • Boleh menyimpan sehingga 32 bit.
2. MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE (.MID, .MDI, .MFF)
  • Format yang diterima pakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dan jenis MDI.
3. SOUND (.SND)
  • Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit. 
4. WAVE (.WAV)
  • Format fail yang paling meluas digunakan.
  • Disokong oleh sistem operasi windows.
  • Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
5. SUN AUDIO (.AU)
  • Digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja SUN Microsystem
  • Merupakan format audio 16 bit
6. MPEG 
  • Format fail yang popular
  • Digunakan untk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.





PERISIAN SUNTINGAN AUDIO
  • Penyuntingan audio adalah satu proses fail audio digital yang bertujuan untuk memotong audio yang tidak diperlukan, mengulang bunyi, menambah muzik latar, efek bunyi atau kesan-kesan tertentu seperti menguatkan atau menurunkan kadar bunyi, fade in, fade out dan melaraskan bunyi di dalam cerita atau dialog.
  • Ia juga merupakan sebuah aplikasi multimedia editor yang digunakan untuk memotong lagu MP3, menambah kesan bunyi, menggabung beberapa lagu menjadi satu bahagian atau menggabungkan beberapa potongan lagu menjadi satu lagu.
  • Pelajar dapat menyunting audio untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  • Audacity merupakan perisian dari sumber terbuka untuk tujuan merakan dan menyunting audio.
  • Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma melalui link di bawah: Download | Audacity ® (audacityteam.org)

1. Audacity



Rajah 1: muka depan laman sesawang Audacity

  • Anda boleh tonton video tutorial di bawah untuk mengetahu cara lebih lanjut untuk menggunakan perisian Audacity ini terutamanya dalam mengedit File Lagu MP3 Menggunakan Audacity.

Video 1: Tutorial penggunaan Audacity

Lame

  • Lame ini  telah diciptakan oleh Mike Cheng sebagai satu set pengubahsuaian terhadap 8Hz- MP3 kod sumber pengekod.

                        Video 2 : Tutorial untuk Install Lame MP3 Encoder dalam Audacity

2. Soundcloud

  • Merupakan tempat untuk memuat naik lagu yang dihasilkan oleh para pemuzik bebas. Ianya sama seperti Myspace.
  • Tujuannya untuk menunjukkan karya yang dihasilkan kepada umum. Dengan itu, mereka akan lebih dikenali ramai jika lagu yang dihasilkan mampu mencuri hati pendengar.
  • Pengguna boleh mendaftar dengan hanya menggunakan akaun facebook.
  • Selepas mendaftar, pengguna boleh merakam suara bagi tujuan pembelajaran bahasa untuk dilakukan kajian kemudian memuat naik dan boleh didengarkan kepada semua orang.
  • Soundcloud adaalah website untuk file sharing self recording baik berupa lagu, pembacaan puisi ataupun merakam bahasa atau dialek untuk kajian tertentu.
  • Pengguna boleh membuka akaun secara percuma dan memuat naik recording.
  • Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui cara penggunaan perisian ini.


 Video 3 : Tutorial penggunaan Soundcloud

Comments