GRAFIK

APLIKASI SUNTINGAN GRAFIK
UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA

● Merupakan salah satu media yang popular digunakan untuk memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi multimedia.
● Grafik dapat memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
● Grafik berkomputer merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan dengan menggunakan sebarang jenis komputer seperti PC, Macintosh, Graphics dan lain- lain.
● Imej berkomputer ini merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan dan bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.


KEPENTINGAN GRAFIK

● Paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
● Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu dalam penyampaian maklumat dengan pantas dan efektif.
● Visualisasi ialah proses yang terpenting dalam komunikasi maklumat dan grafik digunakan bertujuan untuk meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
● Berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.
● Penggunaan grafik di dalam kebanyakkan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet menjadi ceria, menarik dan menghidupkan suasana pencarian maklumat dalam sesebuah laman web.


FORMAT FAIL GRAFIK

GIF (GRAPHIC INTERCHANGE FORMAT)


● Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ia merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer.
● Format ini digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti butang, garisan atau imej- imej yang berbentuk kartun.
● Fail format ini menggunakan 8 bit yang bermakna dan ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza.
● Imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi.

JPEG (JOINT PHOTOGRAPHIC EXPERT GROUP)


● Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan.
● JPEG menggunakan Teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan dapat menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.
● Kegunaan utama fail berformat ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar.
● JPEG mampu mengendalikan imej- imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi dan ianya tidak memerlukan ruang storan yang besar.

BMP (BITMAP)


● Merupakan format fail yang paling lama wujud sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0.
● Sesuai untuk menyimpan grafik yang berkualiti tinggi supaya ia tidak memadatkan sesebuah imej.
● Kebanyakkan fail grafik menggunakan format ini mempunyai size fail yang agak besar.
● Kelebihannya ialah kebanyakkan perisian grafik yang asas boleh menerima format fail ini.

TIFF (TAGGED IMAGE FILE FORMAT)


● Dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986.
● Bertujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti- peranti seperti pengimbas imej, frame grabber atau perisan- perisian grafik.
● Merupakan piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan boleh diterima meluas bagi tujuan pengubahsuaian imej- imej warna hitam putih.

PICT


● Format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh.
● Sesuai digunakan dalam kerja- kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja- kerja video digital.
● Boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vector.

TGA (TARGA)


● Format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi iaitu 24 bit atau 16 juta warna.
● Sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik. .

EPS (ENCAPSULATED POSTSCRIPT)


● Format fail yang sesuai bagi penyimpanan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi.
● Sesuai digunakan bagi menyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh ataupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.

WMF (WINDOWS METAFILE FORMAT)


● Digunakan bersama- sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor khususnya 'clipart'.
● Format ini kurang digunakan kerana kebanyakkan sistem komputer perisian tidak menyokong jenis format fail ini.

JENIS- JENIS GRAFIK

LUKISAN
GRAF/ CARTA
DIAGRAM
KARTUN

PERISIAN- PERISIAN GRAFIK

ADOBE PHOTOSHOP
ADOBE ILLUSTRATOR
CANVA
MICROSOFT PAINT

Comments