PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA: BLOGGER.COM

 PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA: BLOGGER.COM


    TATACARA PEMBANGUNAN WEBSITE

        (a) Mengambil Kira Keperluan Pelanggan - Keperluan pelanggan haruslah diambil kira dalam                     proses penyediaan maklumat dan perkhidmatan dalam talian. Tetapkan sasaran pelanggan                     utama laman web jabatan dan apakan maklumat atau perkhidmatan dalam talian yang                             diperlukan oleh mereka. 

        (b) Pengkelasan Maklumat Kerajaan - Kenalpasti dokumen yang ingin dipaparkan hanya                             mengandungi maklumat capaian awam sahaja. Maklumat selain capaian awam seperti                             maklumat terperingkat Kerajaan tidak boleh disiarkan. Jabatan Kerajaan perlu memastikan                     bahawa maklumat yang disiarkan tidak melanggar mana-mana peraturan keselamatan Kerajaan.

        (c) Perkongsian Sumber Maklumat - Terdapat maklumat yang hendak disediakan oleh sesuatu                     jabatan boleh diperoleh daripada laman web jabatan yang lain. Maklumat ini boleh dikongsi                 bersama dan tidak perlu disediakan lagi. Perkongsian maklumat boleh dicapai melalui teknik                 hiperrangkai. Persetujuan, jika perlu, hendaklah diperoleh daripada pemilik laman web yang                 hendak dirangkaikan. 

        (d) Penggunaan Sumber Yang Dilindungi Oleh Undang-undang - Hak Cipta Sumber-sumber yang              dilindungi oleh undang-undang hak cipta tidak boleh dimasukkan ke dalam laman web. Ini                     termasuklah sumber multimedia yang berasaskan data, suara dan video. Sumber-sumber ini                     hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran perlulah dimaklumkan dalam laman                         web. 

        (e) Dokumen Bebas Daripada Ikatan Mana-mana Peranti - Seboleh-bolehnya dokumen yang                      disediakan hendaklah bebas daripada ikatan mana-mana peranti. Ini termasuklah penyemak                  imbas, perisian, sistem operasi, komputer dan sebagainya. Oleh sebab itu setiap paparan                          muka laman web perlu diuji dengan menggunakan pelbagai peranti. 

        (f) Tempoh Pemaparan Muka Laman Web - Dokumen laman web perlu direka bentuk dengan cara              yang sesuai supaya laman web dapat dipaparkan dalam tempoh yang singkat. 

        (g) Dokumen Boleh Cetak dan Boleh - Salin Setiap dokumen laman web hendaklah direka bentuk               supaya ia boleh dicetak dan disalin dengan mudah oleh pelanggan. Bagi maksud ini, elok                      disediakan dokumen alternatif tanpa grafik bagi memudahkan proses percetakkan dan salinan. 

        (h) Rujukan Silang - Menyediakan rujukan silang dalam laman web adalah berguna untuk                          pengguna-pengguna yang ingin mendapat maklumat dengan lebih terperinci. Ini boleh dicapai               melalui penggunaan teknik hiperrangkai. 

        (i) Penyediaan Versi Laman Web - Setiap dokumen laman web hendaklah disediakan dalam dua                 versi, iaitu versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Versi bahasa Melayu hendaklah                             menggunakan bahasa yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jabatan perlulah                         mengambil berat terhadap penggunaan bahasa melayu dan bahasa Inggeris yang betul dalam                 laman web masing-masing.




Comments