PENGGUNAAN PERISIAN WEB 2.0 UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA

 PENGGUNAAN PERISIAN WEB 2.0 UNTUK PEMBELAJARAN BAHASA

    APLIKASI WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN

  • Merupakan satu revolusi kepada penggunaan internet dan web yang mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan Kerjasama di World Wide Web.
  • Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain atau dalam erti kata yang lain media sosial (Md. Mokter & Hasan 2011).
  • Ciri Web 2.0 yang mesra pengguna membolehkan interaksi sosial di dunia maya berlaku dan ianya telah menjadi keperluan kerana sifatnya yang boleh berkongsi maklumat, bekerjasama dan diekploitasi (Md. Mokter & Hasan 2011).
  • Konsep Web 2.0 yang tidak dibatasi oleh system operasi tertentu membolehkannya diakses di mana-mana sahaja secara atas talian melalui telefon ataupun tablet. 
    FUNGSI APLIKASI WEB 2.0
  • Alat perkongsian dan penciptaan
  • Papan Interaktif
  • Rangkaian Sosial
  • Penyimpanan awam
  1. ALAT PERKONGSIAN DAN PENCIPTAAN
  • Aplikasi yang membenarkan penggunanya berkongsi bahan-bahan rujukan, mengubah dan menghasilkan produk baru yang lebih baik (Virkus & A.Bamigbola 2011).
  • Cth: Slideshare, Youtube, WordPress, Blogger dan Blendspace.
  •  Pengguna juga dapat persembahkan sesuatu maklumat dengan lebih menarik.
  • Cth: Prezi, Powtoon, Zoho show, Flipsnack.
  • Pengguna juga boleh berkolaborasi antara satu sama lain dan berkongsi hasil kerja masing-masing.
  •  Cth: Pinterest, Scoop it dan Thumblr.
  • Fungsi ini mampu membantu pelajar dan pengajar untuk mencapai matlamat pembelajaran dan pengajaran yang berkesan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.
      2. PAPAN INTERAKTIF
  •  Berfungsi sebagai ruang di mana pelajar dan pengajar dapat berkongsi maklumat seperti text, gambar, video dan audio dalam satu antaramuka. 
  •  Semua ahli kumpulan dapat melihat semua maklumat yang ditulis di atas papan interaktif dan saling bertukar idea sesama ahli.
     3. RANGKAIAN SOSIAL
  • Mewujudkan rangkaian sosial antara pelajar dan pengajar. Cth: Facebook, Twitter, Google Plus, Schoology, LinkedIn 
  • Secara asasnya, rangkaian sosial mengandungi komponenkomponen seperti forum, galeri gambar atau video, profil pengguna, bahagian muat naik dan turun serta komponen yang bersesuaian.
  • Pelajar dan pengajar juga boleh membina group atau page.
  • Pengajar dan pelajar dapat berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai sesuatu topik pembelajaran yang diutarakan di dalam group atau page.
     4. PENYIMPANAN AWAM
  • Mampu menyimpan kesemua maklumat penting dalam pelbagai format secara dalam talian apabila pengguna aplikasi ini memuat naik fail ke dalam ruang penyimpanan awam pengguna. 
  • Fail tersebut juga boleh dikongsi dengan pengguna yang lain. 
  • Menjimatkan kos mencetak tugasan dan pelajar dapat menghantar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Cth: Dropbox, Google Drive, Skydrive

    APLIKASI WEB 2.0: YOUTUBE 
  • Youtube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang popular. oLaman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. 
  • Menjadi platform media sosial ke-2 popular setelah facebook. 
  • Setiap hari Youtube memiliki lebih dari 122 juta pengguna aktif. 
  • Kelompok pengguna aplikasi ini dalam lingkungan umur 15-35 tahun.  



        Strategi Penggunaan Youtube dalam P&P

        1. SEGMEN – benarkan pelajar menonton video dalam beberapa segmen pendek. 
        2. NOTA – video amat sesuai untuk membina kemahiran pencatatan nota. Ambil nota semasa                     tontonan pertama, kemudian putar semula dan ulang tayang untuk membuat semakan nota. 
        3. JEDA – gunakan butang jeda (pause) untuk menghentikan video seketika agar pelajar dapat                     meramal perkara yang akan berlaku atau mengingat semula perkara yang telah berlaku. 
        4. TANPA SUARA – bagi babak video yang menekankan visual, padamkan suara dan ceritakan.                 Teknik ini sangat sesuai untuk penyenaraian Langkah-Langkah sesuatu proses. 
        5. TANPA GAMBAR – gunakan petunjuk audio untuk menerangkan gambar yang ditayangkan.                 Bandingkan ramalan dengan video sebenar. 
        6. PRATONTON setiap video dengan teliti untuk menentukan kesesuaiannya dengan objektif                     pelajaran dan hasil pembelajaran pelajar. 
        7. GABUNGKAN video dengan keseluruhan pengalaman pembelajaran secara menambahkan                     komponen eksperimen pelajaran. 
        8. POTONG – gunakan penyunting video dalam talian seperti www.cuts.com atau                                         www.eyespot.com bagi mendapatkan konsepkonsep sesuai dengan topik pelajaran. Apabila                 melakukan pratonton, cari segmen yang benar-benar berkaitan untuk aktiviti atau pelajaran                     yang telah dirancang. 
        9. FOKUS – berikan tugas khusus kepada pelajar ketika menonton. Perkenalkan video dengan                     mengemukakan soalan, perkara untuk diperhatikan, perbendaharaan kata yang jarang didengar              dan sebagainya. Dengan ini, guru dapat mengekalkan focus pelajar kepada tugasan dan                          mengarahkan pengalaman pembelajaran kepada objektif pembelajaran. 
        10. SELEPAS – selepas menonton, pertimbangkan: apakah yang menarik minat mereka? Perkara                 apakah yang tidak difahami oleh mereka? Minta pelajar menulis komen/resensi tentang video                 tersebut, dsbg.









Comments

POPULAR POST

GRAFIK

KORPUS BAHASA